Breaking News
Loading...
Saturday, April 28, 2012

Bagaimana Kereta Peronda Polis Terbalik Bersih(new update)








Membongkar isu kereta polis terbalik

Bagaimana kereta polis boleh terbalik
(AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

bagaimana kereta polis boleh terbalikUntuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

bagaimana kereta peronda polis terbalik Bersih 3.0"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.

(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.

(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)


Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.
Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu adalah seorang yang memakai seluar pendek dan bertopi keledar.

(Pemandu kereta polis yang dibawa keluar dari kereta selepas merempuh peserta perhimpunan)

Ia dipandu laju selepas diserang dengan botol air oleh peserta Bersih 3.0 apabila mendapati pemandunya bukan berpakaian polis tetapi bertopi keledar.

Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.

Orang ramai membelasah pemandu yang bertopi keledar itu tetapi membawa keluar dengan baik anggota polis yang turut berada dalam kereta itu. Kereta itu kemudiannya diterbalikkan kerana menganggap masih ada orang yang terperangkap di bawah kereta itu.

Saksikan video-video di bawah:


Klik untuk saksi video kejadian berdasarkan video Malaysiakini


update via harakah daily

0 comments:

Quick Message
Press Esc to close
Copyright © 2013 sAmpan KErTas All Right Reserved