Breaking News
Loading...

Recent Post

Monday, April 30, 2012
Cerita Sebenar Bersih 3.0 The Truth BERSIH 3.0

Cerita Sebenar Bersih 3.0 The Truth BERSIH 3.0

Video kenapa perserta Bersih mengamuk




Ramai orang nak tahu kenapa kereta polis boleh terbalik,dah ramai jugak yang nak tahu kenapa para-para peserta bersih baling batu,baling botoi air kearah kereta polis dan semua bertanya kenapa perserta Bersih bertindak begitu ganas,kenapa mereka buat macam tuh semua...dan tidak sepatutnya mereka buat sebegitu sebenarnya tidak kira la kes kereta itu satu niat jahat dari pihak polis untuk merosakkan image BERSIH atau pun ianya sememangnya di buat oleh peserta Bersih...dan selepas aku tengok video nihh aku sedar kenapa mereka bertidak begitu ganas dan kenapa mereka begitu marah dengan polis kalau aku berada disitu aku rasa bukan setakat kereta polis aku bagi terbalik tetapi sekali dengan Lori meriam air depa nih pun aku bagi terbalik.Kita pergi untuk keadilan dan keaman tapi diorang balas dengan kekejaman yang melampaui batas

so hayati lah video nih sedalam dalamnya mcam lagu mahir zain


Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth




Video daripada Pihak PDRM





nih pulak video daripada pihak PDRM so korang nilai sendiri siapa yang kejam dan zalim...persoalan dia satu je kenapa mereka ini disembur dgn meriam air??kenapa mereka ini di tembak dengan gas pemedih mata??adakah Peserta bersih ini ingin merobohkan bagunan KLCC sehingga mereka ini di lakukan seperti penjenayah besar...adakah mereka ini datang untuk membunuh sesiapa sahaja orang awam yang berada di situ??mereka ini datang hanya untuk meminta keadilan??haruskan mereka mendapat hukuman seperti penjenayah besar???
Video Kejadian Sebenar Polis Langgar peserta Bersih 3.0 UPDATE

Video Kejadian Sebenar Polis Langgar peserta Bersih 3.0 UPDATE

sebelom nihh video nih masih tidak wujud tetapi hari ni aku dapat dalam facebook so aku bagi kat korang semua untuk melihat dan menilai 
pendapat aku lepas tengok video nihh sama macam saksi tuh cakap semasa polis tuh masuk geng bersih tak buat apa pun tetapi polis tuh bawak terlalu laju sebab tuh lah geng bersih nih baling botol dan sebagainya...dan video sebelom nih just video menunjukan geng bersih baling botol jew..yg nihh x tunjuk




lepas tgok video nih shared la kepada semua orang supaya semua orang boleh tahu kebenaran sebenar
Sunday, April 29, 2012
no image

Tengahari tendang polis, petang tangkap peserta himpunan



(Dua suasana yang berbeza antara tengahari dan petang....sekarang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya agen provokasi ini)

KUALA LUMPUR: Ketika pimpinan PAS mempertegaskan ahlinya bersih dan berdisiplin, tulisan bekas Setiausaha Umno Bahagian, Zahrin Mohd Yasin bahawa sekurang-kurangnya 2,000 anggota polis memakai baju Bersih Sabtu lalu menarik perhatian ramai.

Dalam tulisannya Sabtu lalu, Zaharin atau Sang Kelembai itu menulis, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi."

"Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.

"Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau.

Apabila seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai itu."

Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih."

"Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer," tambah Zaharin dalam tulisan itu.

Gambar-gambar mula tersebar kini tentang polis yang dikatakan menyamar itu.

Misalnya aksi seorang peserta perhimpunan membuat 'flying kit' ke atas seorang polis trafik.

Beliau juga didapati kemudiannya yang menangkap para peserta demonstrasi yang lain.

(Siapa yang menendang polis ini dengan gelang kuning di tangannya pula kini tersebar luar dan media baru)

Ada dua tempat peranan agen 'provokasi' ini dikesan oleh orang ramai.

Pertama, siapa yang memulakan tindakan melempar kereta polis dengan botol air sehingga pemandunya hilang pertimbangan dan merempuh tiga orang di perkarangan pasaraya Sogo.

Yang kedua adalah tindakan memecahkan tembok penghalang yang dibina oleh DBKL mengelilingi Dataran Merdeka.

Saiapakah mereka sehingga kini masih belum dapat dikesan dengan nyata.

Pihak penganjur Bersih 3.0 pula menuntut kerajaan membuat siasatan menyeluruh terhadap perhimpunan kali ini.

Peranan media tradisional yang dikuasai Umno dan BN juga mendapat kecaman dari pemerhati antarabangsa yang datang untuk membuat pemerhatian mereka terhadap perhimpunan kali ini.

Bercakap dalam sidang media mereka  semalam, Senator Nick Xenophon dari Australia berkata, "perhimpunan ini aman sehinggalah mereka diprovok."

Beliau juga mengkritik laporan dari TV yang jelas melaporkan secara sebelah pihak.

“Mainstream media berat sebelah dan tidak adil. Kami lihat lebih laporan Perdana Menteri Najib (Tun Razak) di Sabah dalam TV dari peristiwa yang lebih besar tentang rakyat Malaysia,” kata Xenophon.

Seorang lagi ahli dari pasukan 7-anggota itu,  India Times editor MJ Akbar, berkata peserta sebenanarnya dalam mood berpesta.

“Orang ramai mempunyai masa yang cukup kalau mereka mahu bertindak ganas. Tetapi mereka berpesta sehinggalah berlakunya provokasi,” kata Akbar.
update via harakah ISLAM ITU BENAR 
Saturday, April 28, 2012
no image

Bagaimana Kereta Peronda Polis Terbalik Bersih(new update)








Membongkar isu kereta polis terbalik

Bagaimana kereta polis boleh terbalik
(AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

bagaimana kereta polis boleh terbalikUntuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

bagaimana kereta peronda polis terbalik Bersih 3.0"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.

(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.

(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)


Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.
Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu adalah seorang yang memakai seluar pendek dan bertopi keledar.

(Pemandu kereta polis yang dibawa keluar dari kereta selepas merempuh peserta perhimpunan)

Ia dipandu laju selepas diserang dengan botol air oleh peserta Bersih 3.0 apabila mendapati pemandunya bukan berpakaian polis tetapi bertopi keledar.

Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.

Orang ramai membelasah pemandu yang bertopi keledar itu tetapi membawa keluar dengan baik anggota polis yang turut berada dalam kereta itu. Kereta itu kemudiannya diterbalikkan kerana menganggap masih ada orang yang terperangkap di bawah kereta itu.

Saksikan video-video di bawah:


Klik untuk saksi video kejadian berdasarkan video Malaysiakini


update via harakah daily

Video Peserta Bersih 3.0 dibelasah Polis

Video Peserta Bersih 3.0 dibelasah Polis

Mungkin kereta polis di terbalikan di katakan penganjur gagal menjaga sikap peserta tetapi kenapa harus Polis Belasah Peserta sebegini rupa??





no image

Gambar Polis Belasah Peserta Bersih 3.0?


Gambar polis Belasah peserta Bersih 3.0
ini adalah lautan maknusia yang menyertai himpunan Bersih 3.0
Gambar-Gambar ini akan di update lebih banyak ini kerana pihak kami masih lagi menunggu para-para  perserta mengupload buat masa sekarang kami just Berikan beberapa Gambar yang menunjukkan kecederaan peserta-peserta Bersih 3.0
Gambar polis Belasah peserta Bersih 3.0
dia nih x pasti cedera kena apa maybe jatuh semasa perhimpunan
 Gambar Polis Belasah peserta Bersih 3.0\
Mengikut sumber dia dilangar oleh kereta polis

Gambar polis Belasah peserta Bersih 3.0
demi negara 






 



Gambar polis balasah peserta Bersih 3.0
baju kuning peserta bersih
Gambar Polis Belasah Peserta Bersih 3.0
polis menembak peserta Bersih dengan meriam air


Gambar Polis Belasah Peserta Bersih 3.0
Dikata yang baju merah itu adalah wartawan
Credit to:cerita apakah



Penjelasan Sebenar isu Kereta Polis Diterbalikkan

Penjelasan Sebenar isu Kereta Polis Diterbalikkan


" Ada orang baling batu pada kereta polis. Patutlah.. "

" Sapa2? Sapa yang kurang ajar sangat tue? Ada rakam tak gambar dia? " Aku tanya.

Pakcik india potpet2 sambil berjalan depan aku. Aku masa neh dah tanggal lencana bersih. Tujuan nya? Sebab aku nak meronda2 tanpa dikejar polis. Kalau aku pakai lencana bersih maka polis akan tahu aku pendemo bersih. 

Jadi strategi aku memakai baju putih = baju rasmi pengamal media [baju kaler lain pun boleh, tapi kalau pakai baju putih, pakai pas dan bawa kamera automatik orang dah boleh detect sebagai wartawan] adalah untuk neh. Ini tujuannya, untuk melakukan apa2 yang aku rasa perlu dan patut dilakukan.

Oke, lupakan hal neh. Kita citer pasal kereta dulu.

Betul ke provokasi datang dari pendemo bersih ?

Punca provokasi sebenarnya sebab mereka kena serang dengan teargas. Marah. Nak cakap LRT kena tutup? Takde kaitan. Untuk rekod, LRT jalan bandaran tidak ditutup, cuma masjid jamek dan plaza rakyat jek. Aku kan dari LRT semenjak2 dari tadi.. dok pusing2 kat situ last2 tetap sangkut kat MASJID JAMEK. Hanya masjid jamek jek dari kedua2 arah, sri petaling dan ampang serta plaza rakyat dia shutdown tadi.

Kalau dorang cakap LRT tue kena tutup ia mungkin selepas insiden provokasi. Sebelum provokasi lrt tue bebas digunakan sebenarnya. Yang aku tahu kat situ ada monorel. Yang tue aku dengar citer ditutup. Fakta atau tidak aku taktau. Aku cuma dengar citer.

Sekarang mari kita lihat video kat bawah neh oke ;

 

Ini part 1. Yang neh pun dah cukup sebenarnya untuk explain apa yang berlaku. Harus diingat, aku tak kenal langsung sapa uncle india tue dan uncle india tue pula hanya mengomel2 sendiri bukan pergi kecoh2kan kat orang kereta polis kena baling batu. Bila aku dah dengar aku cakap apa2 yang patut then aku pergi ke lokasi kejadian yang mana dah clear masa tue [polis dah took over].

Lihat jek gambar kat bawah neh dulu ;

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

- Ada kon

- Ada batu

- Lampu kereta pecah

- Kereta kemek

- Kaki sempat tendang kereta.. maksudnya kelajuan kereta neh dah berkurang atas sesuatu sebab.

- Cermin kereta pecah. Baling botol air boleh pecahkan cermin ka? Kalau tengah memandu ko baling batu cermin pecah kena muka ko macam mana ko nak memandu dengan betul?

Lihat gambar kat bawah neh pula ;

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan
Individu neh secara tidak sengaja di langgar oleh polis. Tapi apa info yang sampai kat telinga aku? Polis bawa kereta laju2 sampai langgar seorang budak remaja sehingga maut.

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Ini bukan darah azri tapi darah indidivu yang dilanggar tue. Tolong betulkan fakta anda.

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Ini cameraman. Dia sedang keluar dari kereta. Kenapa? Sebab dia nak tolong polis yang berada dalam kereta tue.

Anak panah merah ialah pembelasah. Anak panah hijau orang yang sedang cuba menolong. Last2 dia surrender sebab dengan dia2 sekali kena tibai. Azri juga membalas balik asakan. Itu normal sebab refleksi nak melindungi diri. Dia juga nak jaga filem dia. Dan dengan gambar neh mohon amek tindakan ke atas pencetus provokasi. Penting untuk menjaga kredibliti bersih.

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Lihat gambar kat atas neh. Nampak apa yang aku nampak? Kepala pemandu dah ke atas stereng. Napa? Yang korang g belasah kereta dia sapa suruh? Sapa suruh lompat atas kereta dia? Sapa suruh bertindak kasar? Sapa suruh jadi samseng, kurang ajar dan biadap?

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Anak panah merah = pembelasah kereta polis. Anak panah merah [arh aku dah malas nak tukar kaler dia kepada lain] = azri, individu yang dibelasah. Dia mai dari arah bertentangan. Dia mai nak tolong. Sebab apa? Aku rasa dia neh kot antara cameraman yang dilantik oleh polis. Dia kena rakam semua perkara2 yang berlaku. Last2 kena tibai dengan orang. Adoi.

Dan diharapkan dengan gambar neh penganjur bersih boleh membersihkan nama baik bersih dengan menyerahkan mereka kepada pihak polis kerana bertindak liar ketika berhimpun.


Anak panah hijau = penghenti provokasi. 

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Anak panah hijau = penghalang / pelindung. Anak panah merah = pembelasah. Kenapa dia belasah azri? Dia tak perasan kot azri mai dari arah bertentangan. Lepas belasah azri dia letak kon dalam kereta then dia lari. Kon tue tak kena polis yang berada dalam kereta tue dan aku tatau apa motif dia enh. 

Sekali lagi perhatikan aksi membelasah dia kat bawah neh ;

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Ada pendemo bersih yang balon si azri neh gak. Jangan2 dorang neh salah sangka ingat dia polis yang melanggar pendemo bersih. Dah korang baling2 batu, lepas tue nak salahkan orang terlanggar plak apa ke hel?

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Individu yang baling kon tue = individu yang sama terbalikkan kereta = lepas tue rasa bangga sebab dapat terbalikkan kereta. Pada awalnya pendemo bersih ingatkan ada orang bawah kereta tapi takde.. tapi lepas tue oke lah dorang cuma rakam tapi apahal ada 3 orang individu tersebut bersorak termasuk yang pakai baju oren tue hah?

Dorang2 neh tak pakai baju bersih dan buat provoke sana sini. Individu yang baling kon tue juga baling pada pendemo bersih oke. Lihat video selangortv kat sini sendiri. Jadi diharap penganjur bersih boleh bersikap adil dalam isu neh. Siasat siapa mereka dan kenapa mereka berbuat demikian.

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Anak panah merah = yang cuba melindungi polis. Yang belasah2 tadi tue dah lari kemana? Anak panah hijau menunjukkan pistol polis yang terdedah.. ermm..  memang kalau nak rembat semudah ABC jek.

Kesimpulannya kat sini ialah ;

1. Aku tak kenal siapa yang buat provokasi, kalau korang kata mereka pelakon, penyamar, sb atau apa maka biarkan sahaja bersih serahkan mereka kepada polis untuk dinilai. Kita boleh trace mereka semula berdasarkan video2 yang wujud. Bukan kah kita dah ada teknologi perincian gambar ? Mari kita kaji kebenaran neh bersama2. 

2. Kebanyakkan yang provoke tak pakai pun baju bersih. Ini analisis aku. Mungkin dorang neh ikut ikutan. Maksudnya dia tengok tiba2 ada crowd bersih jadi dia pun sibuk2 ikut. Pada asalnya dia bukan nak join bersih. Mungkin dia berjalan2 kat kl. 

Oleh kerana dia tatau bahawa kita dilarang berbuat provokasi maka dia pun berbuat sesuka ahti dia. Namun yang lebih menyedihkan ialah kenapa yang menghalang tersangatlah kurang berbanding dari yang menyorak? Kalau aku ada disitu sah2 aku sound then rakam, tangkap gambar dorang jelas2 dan paparkan di blog aku inilah pencetus provokasi. Aku tak kesah der. Kalau ko provoke ko tetaplah provoke. Ko jangan bagi alasan haktui kat aku oke. 

Apatah lagi dah dipesan bahawa sesiapa yang memprovokasi akan dianggap sb dan kita sewajarnya menghentikan mereka.. tetapi kenapa crowd sogo tak alert pasal neh? Disebabkan anda terlalu lemah menghalang mereka, maka seluruh bersih 3 menjadi mangsa kini.  Aku, ko dan kita seme tak pasal2. Kalau pun sungguh dia sb, so what? HALANG lah.. HALANG..takan seratus dua ratus orang kat situ pun SB gak kot?

3. Mana unit amal? Unit amal tiada. Itu lah punca masalah neh menjadi besar. Hadirin terlalu ramai. Unit amal tersangatnya kurang. Unit amal terlatih dalam menanggani sebarang bentuk provokasi. Bukan salahkan unit amal ye. Cuma menegaskan betapa pentingnya unit amal dalam kes seperti neh. Apabila hadirin berpecah selepas diserang teargas, peluang untuk mereka bertindak agresif memang terbuka. 

Ia perkara normal sebenarnya. Selalu sangat dah bersabar akhirnya dapat peluang untuk belasah polis, memang lah amek cukup2. Tapi sayang, tindakan neh tersangatlah salah. Sudah sewajibnya bersih menghantar individu2 yang terlibat dalam provokasi neh kepada mereka2 yang berkuasa. Walaupun mungkin ada yang secara tidak sengaja terpengaruh untuk melakukan provokasi ia tetaplah salah.

Aku sangat percaya memang wujud sb di mana2 tetapi kan.. aku lebih2 lagi percaya ia bukan masalah SB, ia adalah bagaimana cara kita mengawal situasi. Kalau letak 10 SB dihadapan kita sekalipun, kalau kita pandai kawal keadaan kita tetaplah pandai kawal keadaan, kalau kita tak pandai kawal keadaan, takde SB sekalipun kita tetap boleh terbabas. Renungkan.

Updated ;

Bukti yang lebih jelas bahawa azri datang dari arah bertentangan. Dia bukan pemandu kereta tersebut. Aku cadangkan jadi orang belajar cari fakta sebelum tuduh melulu. tenkiu.


gambar polis dibelasah oleh geng bersih

Ameno : Sila dakwa 7 individu di atas neh ye. tq


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/04/penjelasan-kejadian-sebenar-isu-kereta.html#ixzz1tN7jwstY



Friday, April 27, 2012
Percuma Download 50 Button Styles Untuk Designers

Percuma Download 50 Button Styles Untuk Designers



Post ini aku nak bagi kat hampa cool and awesome Button design khas kepada geng-geng yang suka main dengan Adobe Photoshop dengan geng-geng webdesigner,Button nih jugak sesuai untuk budak-budak computer science dari Uitm untuk mencantikkan project-project pembinaan website bagi kerja khusus yang korang nak buat so hope korang Enjoy la  :)
download percuma button
free download Button


 Download




Thursday, April 26, 2012
Hard Disk Buatan China Yang menipu

Hard Disk Buatan China Yang menipu





Hari nih aku just nak kongsikan satu berita tentang kes penipuan barang-barangan Electronik yang sedang berluas luasa sekrang nihh dan terbaru nih kisah hard disk  so kepada sesiapa sahaja yang nak beli barang-barang nih korang semua semak la betoi-betoi dulu sebelom beli...
and kat sini aku sediakan kat korang gambar hard disk tiruan nih hahaha so ingat betoi jenama  WD nihh  hard disk china penipukes penipuan hard disk

kes penipuan hard disk



Wednesday, April 25, 2012
no image

Pendapatan side income melalui Gushcloud



Menjana pendapatan onlineHari nih aku nak kongsikan dengan korang-korang semua tentang satu lagi company yang menyediakan peluang kepada kita semua geng-geng blogger dan jugak penguna laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.Mungkin Ramai diantara kita yang telah pun Menyertai Says,churp-churp Nuffnagg,Advertlets dan sebagainya Bagi mendapat pendapat Online Bagi aku Dengan wujudnya syarikat yang menyediakan Perkhidmatan mcm ialah satu peluang Untuk student2 atau geng2 yang suka online.Macam aku aku dah join banyak syarikat-syarikat yang bagi peluang untuk kita jana pendapatan sampingan and sepanjang aku terlibat dalam benda nih aku dah cash out daripada SAYS sebanyak RM500 sepanjang aku join benda nih....duit dari Churp-Churp plak sepanjang aku join aku dah dapat RM50 and Nuffnang x dapat G advertlet pulak maybe aku bakal cash out dalam waktu terdekat nihh.Motif aku bagi tau semua nih bukanlah aku nak belagak ke ape...aku tahu ada yang lagi tinggi duit dia daripada aku ada yang cash out ratus-ratus tiap-tiap bulan tapi depa just segan nak bagi tau or malu la kot.Aku bagi tau semua nih pun sebenarnya just nak bagi Inspirasi atau  semangat kepada semua orang supaya mereka semua nih tahu bahawasanya nak buat duit online nih tidak mustahil dan sebenarnya sangat mudah dan senang cuma nak jadi jutawan x boleh la...Tapi kalau kena dengan gaya dia boleh juga hahaha...aku pun sebenarnya join benda-benda nih just untuk duit poket ja..and aku rasa puas haha And Hari nih aku Join satu lagi Gushcloud yang lebih hebat daripada Say.my, So kalau korang semua Berminat boleh lah clik Link bawah nih

peribahasa aku buat
  "LAGI BANYAK KITA JOIN LAGI BANYAK KITA DAPAT DUIT "
Tuesday, April 24, 2012
Jom Berhubung Dalam Google Plus

Jom Berhubung Dalam Google Plus

Hari aku sajalah buka account Google Friend Connect nak tengok jumlah maklumat Follower aku yang ada dalam blog aku.First aku baca announmen terus mata aku terbeliak baca ayat nih " we are retiring Google Friend Connect "Lepas tuh aku sambung baca balik  "  for all non-Blogger sites on March 1, 2012.  " lega balik hati aku lepas baca ayat nih hahaha aku ingat kot semua Follower aku akan hilang dah hahaha...walaupun ada 305 orang ja tapi penat owhh nak dapat banyak tuh pon hahahaha....Sapa yang buat website x Guna Blogger makna dia habis la semua follower dia hahaha...and aku rasa lepas nihh maybe Google Friend Connect akan RETIRING Untuk blogger plak suatu hari nanti ini kerana Google nak bagi laluan kepada Website Terbaru depa iaitu Google Plus yang lebih baik dah lebih professionial la..so sebab tuh la google friend connect nih diorang nak hapuskan, aku pun motif  aku post Entry nih pun sebenarnya  just untuk suruh hampa semua follow aku jew hahahhaha and yang mana dah follow aku or yang belom follow tuh follow la aku dalam Google Plus hahaha bukan apa just nak keep in touch ja...kalau apa-apa jadi senang  so kalau korang nak follow korang bleh clik sebelah kanan blog aku nih ada butang sampankertas in (gambar google plust ) Follow



or clik ja bawah nih hihihi :)

dia nih mai melawat aku time aku duk tulis entry nih ahhaha
Monday, April 23, 2012
no image

Cara Nak Dapatkan Free Backlink

dapatkan backline secara percuna
contoh







Hari nih aku just nak kongsikan satu tool yang hampa semua boleh dapatkan 500 backlink secara PERCUMA....Backlink penting untuk kita tingkatkan PR website atau blog kita...dengan PR yang tinggi jugak ia akan membuatkan website kita lebih mesra Search Engine, apakah Mesra Search Engine??Mesra Search Engine nih makna dia kalau kita search dalam search Engine KAYU and kalau dalam website kita ada perkataan KAYU dengan adanya PR yang tinggi nih ia mampu menyenaraikan website atau blog kita didalam senarai yang pertama dalam Search Engine.Banklink pun sebenarnya ada baik dan buruk dia tapi untuk yang ini,semua BackLink adalah backlink yang berkualiti sebab apa aku cakap berkualiti sebabnya aku baru cuba lima hari yang lalu tapi aku dah dapat 40 trafik daripada backlink yang aku submit so bagi aku ianya agak berkesan dan x syok la kalau benda yang hebat macam nih aku x kongsi so mari kita sama-sama tingkatkan trafik tingkatkan PR dengan Register Free Backlink Tool nihh

NAK JUGAK 500 BACKLINK PERCUMA clik sini
no image

Cara Masukkan Twitter Terbang Didalam Blog



Tutorial nih senang jew just follow simple step yang aku nak tunjuk nihh lepas tuh siap burung twitter nih akan terbang merata-rata dalam blog korang hahhaa






1)Copy code dibawah






2)Lepas itu pergi ke Dashboard>Design>Edit html






3) Check kat Expand Widget






4) Find <data:post.body/> nak senang tekan Ctrl+f tulis <data:post.body/> paste code tadi selepas benda nihh






5)save template and siap






6)Enjoy






<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'> <script type="text/javascript" src="http://bloggerblogwidgets.googlecode.com/files/way2blogging.org-tripleflap.js"> </script> <script type="text/javascript"> var twitterAccount = &quot;sampankertas24&quot;; var tweetThisText = &quot; <data:post.title/> ~ <data:post.Url/> &quot;; tripleflapInit(); </script> <noscript> <span style="font-size:11px;margin:10px;"> Flying Twitter Bird Widget By <a href="http://samapnkertas.kom.my">sampankertas</a> </span> </noscript> </b:if>




Pastikan anda Edit tulisan yang berwarna merah itu dengan nama twitter anda dan link-link yang berada dalam itu jangan edit kerana itu adalah server js.
Sunday, April 22, 2012
no image

Dapat Domain Free

Hari nih aku baru ja dapat satu domain free iaitu sampankertas.kom.my hahaha..daripada sorang admin kampus.my kepada yang belom join kampus.my nih join la dia sama mcam facebook tapi lebih banyak function dia daripada facebook hihi and aku sangat berterima kasih kat dia nih sebab bagi aku domain free so sekarang nih blog aku nih dah boleh jadi macam website yang profesional la x dak dah .blogspot kat belakang dia...so itu ja aku nak update


:)
Saturday, April 21, 2012
no image

Senarai Nama Negara Yang Memberikan Pendidikan Percuma

baru nih aku ada tengok youtube kerajaan cakap dalam dunia nih hanya ada 1 atau dua negara yang memberikan pedidikan percuma kepada rakyatnya so kat sini aku nampak dengan jelas bahasanya kerajaan dah bohong kita hidup-hidup so kat sinih aku nak tunjuk negara yang memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyatnya.sebenarnya ada banyak lagi negara-negara yang bagi pendidikan percuma tapi cukup untuk hari nih aku bagi 20 negara n kalau korang nak lebih yakin korang boleh search kat youtube.

- Barbados
- Brazil
- Belgium
- Croatia
- Denmark
- Finland
- Greece
- Hungary
- Kenya
- Malta
- Mauritius
- Morocco
- Norway
- Scotland
- Slovakia
- Sri Lanka
- Sweden
- Trinidad and Tobago
- Brunei
- Turkey
- Oman
- Saudi Arabia
Sumber: Katak Comel
Friday, April 20, 2012
Apa Kebodohnya Blogger Umno nih

Apa Kebodohnya Blogger Umno nih

hahaha serius lawak aku ada terbuka satu blog umno nih sebab aku baca tajuk Entry dia macam menarik "
HOT NEWS !!! KONDOM DI JUMPAI DI KHEMAH MAHASEWEL DATARAN MERDEKA ???" aku pun bukalah pastuh aku tengok la gambar yang dia tunjuk nihh



hahahaha emm hampa tengok gambar nihh  ada nampak macam pelik dak???hahahahaha ada ka patut tunjuk gambar sebelom lantai warna merah cantik jew bila di zoom yang warna merah bertukar jadi pasir and warna kelabu hahahhaha pastuh aku cuba la tgok link blogger umno bodoh yang ada dalam blog tuh semua update benda yang sama...nampak sangat la depa semua bodohh hahhahaha
kepada blogger2 umno yang bodoh kalau nak fitnah orang pun fitnah la bagi nampak cerdik sikit...nihh nampak bodoh sangat....nihhh hampa boleh la melawat blog umno ngek hahaha aku nak bagi link pun x dak selera

sorry aku bukan nak berpolitik ke apa tapi bila tengok orang fitnah orang guna teknik bodoh nih aku jadi bara dalam
Satu Malaysia

Satu Malaysia


minat aku dengar lagu nih
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan 
Kita masih bersama

Kita satu bangsa 
Kita satu negara
Kita satu matlamat
Kita satu bangsa
Satu negara
Kita 1 Malaysia

Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata
Sehati dan sejiwa

Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni saling menghormati

Kita satu bangsa 
Kita satu negara
Kita satu matlamat
Kita satu bangsa
Satu negara
Kita 1 Malaysia
Ubah Lagu Tema Kempen Pilihanraya 13

Ubah Lagu Tema Kempen Pilihanraya 13

Lagu Tema Kempen Pilihanraya 13
Selamatkanlah Malaysia....

bersama pahatkan sejarah...

buka lembaran baru...

sama sama kita maju
bukan nak berpolitik atau sokong mana-mana pihak cuma minat dengar lagu nih...
Thursday, April 19, 2012
no image

Jadikan pendrive Anda Sebagai Pencuri


Tutorial mudah untuk jadikan pendrive kita sebagai pencuri data (untuk belajar only)

1)download this software http://www.ziddu.com/download/15948037/u...r.zip.html

2 masukan password:velocity

3)masukkan file yang dah di Decompress kedalam USD yang bakal menjadi pencuri.

4)masukkan pendrive tersebut kedalam computer mangsa dan semak file dalam folder dump untuk melihat password

sekian :)
selamat mencuba
Monday, April 16, 2012
no image

Bina Kedai Online Full E-Commerce(part3)

Post hari ini adalah kesenambungan post daripada Bina Kedai Online  Full-Ecommerce(part 1 dan part 2)
so hari nih aku dah siap uploadkan Opencart kedalam Web Hosting dan untuk ini aku nak mintak maaf la sebab aku tunjuk tutorial sebelom nih guna tomato cart bukan aku x mo guna tomato cart tapi file dia terlalu besar and x muat untuk aku punya webhosting yg free nih hahaha biasa la barang free so aku just upload open cart jew...sebenarnya sama jew cuma tomato cart lebih perfect dan cantik la bagi aku...tapi kalau nak buat bussines opencart pun aku rasa sesuai dah..so sekarang nih aku akan bagi kat korang link macam mana bentuk kedai online yang aku duk ajar kat hampa tuhh..kedai yang lengkap dengan currency RM update,lengkap dengan header yang menarik...system order yang mudah,mempunyai pelbagai jenis cara pembayaran tapi untuk ini aku just install satu jew sebab malas aku nak install paypal jap g korang semua terbayar betoi mampuih aku nak cari barang...hahaha and semua barang dalam nih korang boleh cuba beli... free jew sebab ianya hanyalah contoh so kalau berminat cuba buka 


jika kedai ini terlalu lambat nak load sila bersabar ini kerana aku mengunakan domain and hosting free so agak slow la korang paham-paham sendiri la...
untuk sesiapa yang nak tgok bahagian admin korang boleh contact sye melalui facebook sebab kalau bagi dekat public
takut linkup punah habis kedai tuh hahahaha

so tutorial membina kedai online tamat dekat sini saja sebarang pertanya atau masalah bolehlah comment tQ
Quick Message
Press Esc to close
Copyright © 2013 sAmpan KErTas All Right Reserved