Breaking News
Loading...
Monday, August 15, 2011

Sekolah sukan negeri kedah terbakar...



8/14/2011 hari nihh aku dapat berita yg asrama boys sekolah lama aku iaitu smktatar terbakor habis hangus dan menurut sumber yg tak tau bleh percaya ke tidak mengatakan punca kebakaran adalah akibat daripada litar pintas yg berlaku.....hahahaha kecian gak aku asrama tuhh ahahah tpi menurut sumber jugak tiada kematian atau kecederaan semua pelajar dapat lari dgn pantas untuk menyelamatkan diri biasa la kan semua geng2 sukan mesti la kuat ahahaha.....
nihh lah bukti 


nihh la comment dlm fb

DIPETIK DARIPADA UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Asrama sekolah sukan terbakar, 71 pelajar selamat

14/08/2011 6:57pm



Anggota Bomba dan Penyelamat sukarela membantu memadam kebakaran di blok Asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anom Tunku Abdul Rahman di Jitra. - Utusan/HALIM KHALID



JITRA 14 Ogos — Bangunan asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Tunku Anum Tunku Abdul Rahman di sini musnah teruk dalam satu kebakaran kira-kira pukul 3.30 petang tadi, manakala 71 pelajar yang berada di blok berkenaan ketika kejadian berjaya diselamatkan.

Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat berkata, empat daripada enam bilik di tingkat atas bangunan asrama itu musnah sepenuhnya, manakala tingkat bawah yang menempatkan bilik ulang kaji serta ruang rehat tidak boleh digunakan lagi akibat kebakaran itu.
"Asrama ini didiami lebih 100 pelajar, tapi sewaktu kejadian ada 71 pelajar yang sedang bersiap sedia untuk prep (masa ulangkaji) sebab mereka baru tamat waktu pengajian.
"Jabatan Pelajaran akan ambil langkah susulan bagi memastikan semua pelajar dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa dan untuk sementara waktu, mereka akan ditempatkan di bangunan lain,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk mendapatkan bantuan segera bagi membolehkan keperluan seperti buku dan pakaian yang musnah dalam kebakaran diganti untuk semua pelajar dari tingkatan 1 hingga 5.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.31 petang dan tiba di tempat kejadian pada 3.40 bersama dua jentera.
"Kami juga mendapat bantuan dua jentera dan satu tanker dari balai bomba Alor Setar serta turut dibantu lapan bomba sukarela dengan jumlah kekuatan anggota seramai 87 orang,” katanya. — Bernama

(apapun aku punya berita lagi cepat dari utusan nihh ahahaha)



3 comments:

♥Aien Najwa♥ said...

bahaye nyer la kalo rokok penyebab nyer..=)

..cik gugu.. said...

abes ler sek kau ;)

nasyitahahmadzaini said...

nsb baek awk da abeh skola ;p

Quick Message
Press Esc to close
Copyright © 2013 sAmpan KErTas All Right Reserved