Harian berbahasa Inggeris The Star hari ini memohon maaf kepada umat Islam kerana menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Erykah Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah tertera di dadanya.
"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada umat Islam atas kesilapan ini," permohonan maaf yang disiarkan dalam laman webnya hari ni dipetik.
Tatu dalam bahasa Arab itu disiarkan dalam seksyen "Star2" hari ini di samping rencana satu muka penuh berhubung penghibur yang digelar "Ratu Neo-Soul" sempena konsertnya di Kuala Lumpur pada Rabu depan.
Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid. -TS-
Syabas di ucapkan kepada the star yang bertindak cepat dalam isu neh. Namun still, konsert erykah badu tue masih dijadualkan berlangsung di malaysia kan? Yang neh sapa pula mampu mencegahnya? Erykah badu tidak pula membuat apa2 statement mohon maaf pun.
Ha Ha Ha
dibetik daripada:
Sozcyili : Asal artis bukan bukan asal boleh