Breaking News
Loading...

Recent Post

Wednesday, October 26, 2011
program SCORE A MLM

program SCORE A MLM

Hari nih masuk dua kali aku di tarik oleh member aku tuk join benda program score A iaitu satu product education dimana product ini menawarkan pelbagai jenis soalan,latihan,rujukan dan gambar rajah yg menarik di mana pelajar daripada darjah 1 hingga tingkatan 5 boleh menggunakannya....dan mengikut testimony  telah ramai pelajar yg berjaya mendapat A dalam setiap mata pelajaran dan product ini juga telah dirasmikan oleh pelbagai menteri pendidikan termasuk perdana menteri dan timbalannya iaitu dato seri Najib Tun Razak n  Muhyiddin Yassin.Dan ini bermakna produck ini sanggat berkesan dan berguna kepada student di malaysia tetapi malangnya kenapa suatu product yg bagus ini di MLM(multi level marketing) kan??ini telah menyebabkan harga bagi setiap pembelian mencecah sehingga RM 7++ bagi dua orang anak untuk setahun......ini adalah satu jumlah yg besar sedangkan product ini bukan satu product yg memerlukan kos pengeluaran di setiap belian ianya hanyalah satu id untuk kita asses dgn server tetapi nilainya sehingga RM7++  wow someting yg sanggat tinggi bukan.Tpi yg tuhh semua aku tak kisah yg aku kisah nihh sebab leader2 diorang duk kutuk peniaga2 kecil aku nak tanyanya la  betoi ke MLM nihh boleh buat orang jadi jutawan ???
kalau betoi la MLM nihh boleh buat korang semua jadi jutawan awat korang semua x berenti je kerja yg korang ade sekarang?????aku tau sebab ape korang tak berenti kerja nihh semua sebab korang pikir boleh kaut 40k ke jadi lahh dari budak2 yg join tuhh lepas tuhh korang berambus hilang tanpa berita...nihh lah point korang yg jadi kaya bukan orang2 yg join tuh tpi korang la para leader yg perangai mcm sampah...lagi satu betoi la cakap leader tadi waktu aku pihh yg miskin akan terus miskin dan yg kaya akan terus kaya nihh semua org mcm dgn hampa nihh leader2 yg tak berguna nihh...ajak org join bangkitkan isu orang melayu,sikap orang melayu,....kau nak tau kenapa orang melayu dari dulu sampai sekarang miskin nihh semua sebab ada orang2 melayu mcm kau ....menjual harapan kononnya bila join boleh dapat pulangan Ribu2 sampai RM30k sebulan hahahaha u go die la.....kalau rumput padang bola tuhh duit korang pihh just ambik jew pun belum tentu boleh dapat RM30k sebulan ini join dalam masa sebulan boleh dapat RM30 hahha agak2 la de...yg nak dapat RM30k korang la para leader yg duk bawah nihh duk ngaga beruk la....
lagi satu bila aku g sana last slot mesti ada satu sesi dimana sesi tuhh membuatkan kita rasa serba salah kalau x join....sebab ape dia mainkan isu kemiskinan mainkan isu orang melayu aku x faham sungguhh dan nasihat aku jgn la korang terjebak dlm hasutan geng2 nihh sebab semua nihh pembohong....menjual sesuatu yg mustahil untuk dibeli.....lagi satu punya la diorang nihh sanggap dgn duit sampai sanggup suruhh org yg nak join nihh hutang dgn member2,jual motor laptop,hp dan sebagainya kat sinihh pun aku dah boleh kesan pembohongannya depa nihh bukan nak ape just nak duit kita.....so beawere.....sembang pasai MLM nihh dah banyak dah orang yg kena tipu harapan....contohnya dulu member aku masuk RAZOR dia suruh aku join gak...dia ckp boleh jadi jutawan dan sebagainya...and now aku x nampak dia jadi jutawan pun????lagi satu  nih product education and education must  be free la....nihh semua boneka product nihh hanyalah wayang
lagi satu dalam apa yg aku tgok la product MLM score A banyak diaorang cari student yg berumur 18 -23 tahun n waktu pihh dgr ceramah dia pun aku boleh nampak dia mainkan semangat kami yg berumur 18-23 nihh konon boleh bayar ptptn la boleh bagi duit kat mak la....duit sendiri la mcm2 la hahha nihh semua sycho  la....x yah duk sembang bohong dgn aku la aku tau la akal korang tuhh  ahhaha jenis perangai sampah masyarakat.......


dan akhir sekali x yah la korang yg berminat nak join tak yah join la buang masa buang duit buang segala segala galanya....korang join aku jamin dlm 2 or 3 bulan jew korang aktiv lepastuhh slow2 korang akan berubah hahahahaha dan rasai penyesalanya....lagi satu sape yg dah join kononnya dah balik modal tpi korang kira sama kos minyak keta korang angkut org kos bagi makan org free kos korang g dengar seminar hahaha kire2....ada untung ke tidak??? dan yg pastinya untung leader yg hanya menunggu keldai2nya menghantar org.....
lagi satu korang tgok sendiri la peniaga MLM sebelum nihh semua tumbuh dan hilang seribu bahasa......so jgn la ulang sejarah yg lama belajarlah dari sejarah supaya korang tidak mengulang sejarah.....
akhirkata "Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

   

for more detail go to this blog http://aididmuaddib.blogspot.com/
new update from another blog


Score A ialah SCAM



on 11 Oct 2011 
Salam

ini ialah pendapat aku.. (aku tak perlu terang secara terperinci, disebabkan point aku hanya nak nyatakan program ni ialah satu penipuan sahaja)


kenapa aku katakan Program Usahawan Score A ialah satu program penipuan/scam ?

pernah tak kau orang dengar cerita surat berantai ? atau pun sms/email berantai ?
yang pasti, kandungan dalamnya tuh mesti akan ada unsur2 yang akan menekan perasaan takut kau orang untuk forward kan ? ngeh3.. "you will die if not send this to 10 people"... so.. hurry2 up.. before the 10 people ALREADY FORWARD it..

program ni asalnya ialah sesuatu yang baik, untuk mengenalkan kepada masyarakat tentang kewujudan Tuition Online yang sangat berkesan ni *aku pernah langgan, so aku admit, memang berkesan..

straight to the point..

macam mana program ni bergerak ? dan kenapa ianya dikatakan baik untuk mempromosikan produk ? dan apa alasan aku program ni ialah satu penipuan ?

Macam mana program ni bergerak ?
setiap ahli yang berdaftar, akan mendapat komisen jika dia dapat menarik ahli baru masuk berdaftar di bawah beliau (downline) dan akan mendapat beberapa komisen lain jika downline beliau berjaya menarik masuk downline yang baru..


Promosi Produk ?
setiap ahli yang ingin mendaftar sebagai usahawan score A perlu membayar harga pakej2 tertentu.. ada 4 pakej dengan harga yang berlainan.. EE (RM796), EP (RM2488), EE(6888) dan EM (RM10080)..
setiap pakej akan diberikan kad2 id beserta password untuk log in masuk ke portal Tuion Online Score-A..
EE (2kad), EP (5kad), EE (15kad) dan EM (30kad)... dengan harga 1kad berharga RM300+

cara mudah untuk mendapatkan balik modal keahlian ialah dengan menjual kad2 tersebut kepada orang lain.. dan,, tup.. orang lain akan mula mengenali dengan Score-A bukan ? dan, kad2 tersebut hanya terhad untuk beberapa bulan, untuk menyambung langganan, perlu membuat bayaran lain terus kepada syarikat..

Alasan aku, program ini ialah satu program penipuan
cara nak daftar senang ja.. paling murah.. RM796.. selepas kau orang daftar, kau akan dapat 2 kad.. kad tu ikut suka nak jual kat orang atau nak simpan buat kenangan..

cara nak dapat duit,, senang ja.. kau cari orang masuk daftar bawah kau (downline),, dan setiap orang yang masuk bawah downline kau, kau akan dapat jugak duit.. oke.. bagitau aku, ini bukan sistem piramid yang dimana pengasas sistem ni akan senang lenang makan duit orang tanpa buat apa2 pun..

dan lagi satu.. apa kejadahnya STUDENT buat kerja semua ni ?? kau orang tak perasan ka ? student la yang paling inonsen sekali dalam dunia bisnes2 ni.. sebab tak reti apa2 pun.. dalam erti kata lain,,,

setelah orang2 tua ramai yang dah masuk ke dalam program ni,, takpa laa.. orang tua ada anak2,, diorang masuk, kad tu boleh dimanfaatkan kat anak2 diorang...dan orang2 tua ni boleh syorkan program ni kat kawan2 diorang yang punya anak... so, diorang dapat la komisen sikit.. ini bisnes...

tell me,, what the hell student doing all this ?? if 100 or 200 student, oke laa... mungkin nak tolong adik2.. tapi dah 50 000 students around Malaysia ? wth ? kau orang nampak tak permainan program ni ke atas student macam mana. .? damn...

please anak2 melayu..
tengok la dengan mata hati, bukan mata duitan.. yes,, program ni dapat menjana duit,, tapi kau orang tahu duit tu datang dari mana ? dan tujuan duit tu diberikan kepada kau orang ? dah masuk kes was2.. haram jika sesuatu perniagaan yang mengandungi unsur was2.. duit haram, tak berkat ilmu, tak senang hidup, tak terima doa..



MELAKA: Niat dua pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri ini untuk mencari pendapatan lebih dengan melaburkan simpanan mereka menerusi skim tuisyen dalam talian lebur apabila mendakwa tertipu dengan tawaran terbabit.

Loh Yee Huan dan Haw Chin Whay masing-masing berusia 20 tahun mendakwa kerugian RM2,488 setiap seorang apabila dijanjikan menjual kad prabayar yang mengandungi kata laluan dan nama pengguna (ID) bagi menggunakan portal tuisyen terbabit.

Sebaliknya, beberapa hari selepas itu, mereka mendakwa perlu mencari orang bawahan (downline) bagi melabur untuk skim terbabit dan bukan menjual produk itu.

Menurut Loh, mereka dipelawa bekas rakan sekolah menyertai seminar mengenai peluang perniagaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, pada penghujung April lalu.

Katanya, dalam seminar itu penceramah memberi penerangan bagaimana menambah pendapatan dengan menjual perkhidmatan tuisyen dalam talian bagi kegunaan pelajar sekolah menengah.

“Keesokan harinya kami dibawa bertemu seorang pengurus kumpulan skim terbabit dan dia menawarkan dua pilihan sama ada mencari pelabur bagi membentuk ‘downline’ atau menjual produk.

“Disebabkan masih belajar, mustahil kami mampu mencari pelabur lalu kami bersetuju menyertai dengan memilih menjual produk dan membayar RM2,488 sebelum diberikan lima kit mengandungi kata laluan dan ID untuk dijual kepada pengguna,” katanya yang ditemui selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Chua Kim Tee, di sini, semalam.

Loh yang juga pelajar jurusan diploma sistem informasi perniagaan berkata, kit itu boleh dijual dengan harga RM790 sekeping kepada sesiapa saja.

Bagaimanapun, dakwanya beberapa hari selepas itu dia dipanggil menyertai satu mesyuarat dan dalam pertemuan itu pengurus kumpulannya memberitahu mereka perlu menyenaraikan nama rakan untuk diajak melabur bagi skim terbabit.

“Kami hairan mengapa kami dikehendaki mencari pelabur sedangkan pada awalnya kami perlu menjual produk mereka.

“Kerana tidak bersetuju dan tidak mahu rakan lain tertipu, saya dan Haw enggan meneruskan jualan produk itu,” katanya.

Dakwanya, mereka diberi tempoh bertenang 10 hari oleh syarikat terbabit dan jika tidak berminat, semua yuran yang dibayar akan dipulangkan.

“Tetapi, apabila kami menghubungi pengurus kumpulan terbabit dia memberi alasan sibuk dengan mesyuarat sehingga melepasi 10 hari.

“Apabila ditanya kepada orang bawahannya mereka memberitahu tempoh bertenang sudah tamat dan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya. Sementara itu Chua berkata, dia meminta dua pelajar terbabit membuat laporan polis sebelum membawa mereka ke pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri.

“Saya juga menasihati mereka supaya membuat tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM),” katanya.


anggap setiap ahli membawa masuk 4 orang..


di atas sekali ialah pengasas sistem ni iaitu 1.. di bahagian kiri ialah bilangan ahli di bawah pengasas di setiap level.. di bahagian kanan ialah bilangan kumulatif downline di bawah pengasas di setiap peringkat..

betapa pengasas untung ? heh.. dan, siapa yang rugi ?

see ? lebih dari 75% akan rugi pada akhirnya..

pengasas(ceo) ASAL Portal Score-A, En. Kamal Tan Sri A. Samad ialah anak Melayu.. tetapi, disebabkan program keusahawanan ini, beliau sendiri telah menyaman syarikat dan anak2 buah beliau.. dan seterusnya,, menarik diri daripada syarikat sendiri.. kerana ? kerana beliau sedar, program tersebut hanya akan menindas orang2 melayu yang cetek pemikiran,, apatah lagi STUDENT...

apa yang student tahu... dia bawa masuk ahli baru, dan dia guide ahli baru untuk membawa masuk ahli baru, dia akan dapat duit.. see,,, it is all about duit.. damn..

aku keja disamping aku buat duit dengan bukak bisnes petani or wat so ever, aku kaya seorang seorang.. hasil titik peluh, yang aku tau datang dari mana duit aku makan.. then, ada rezeki lebih, aku tolong orang.. macam Al-Bukhori (maaf kalau salah eja nama) buat..

tulisan ini bukanlah untuk menganaiya sesiapa.. hanya pendapat dan nasihat.. mana yang baik, ikutlah, mana yang salah, tinggalkanlah.. dan maafkanlah aku jika tulisan ini menyakiti hati sesiapa, percayalah.. aku tidak berniat walau sekecil mana pun.. 
En. Kamal Tan Sri A. Samad pengasas Score A program tu, bukak portal lain, yang tiada unsur pelek2, dan jauh lebih murah! RM60 setahun seorang berbanding RM300+ 3 bulan.. kelik SINI , bagitau la mak bapak kawan2..

bye~
Friday, October 21, 2011
no image

Personal Taste KOREA DRAMA

Hari nih aku dah HABIS tgok satu g drama korea yang bertajuk personal taste emmmm..... aku sebenarnya bukan minat sangat cita korea nihh tapi sebab boring punya pasai aku tgok gak la tuk hilang kan boring...yg melampuai batas nihh lagi pun  cuti lambat g nak habis. so duk umah pun bukan buat apa  asyik makan tido jew hahah  so untuk mengihalangkan boring aku tgok la cita nihh.aku x reti nak bagi sinopsis yg lengkap so apa yg aku oleh cakap   citanihh dia punya jalan cerita dia best pastuh ending dia pun best so senang cerita drama dia nihh dari awai sampai akhir semuanya best hahhaha....so kalau sape yg tak tgk g cerita nihh boleh la tgok sebab cerita dia menarik hahaha
personal-taste2.jpg

Thursday, October 20, 2011
no image

sampah kertas

Setiap hari kita membuang sampah dan sampah ini akan dilupuskan oleh pihak yang berkuasa untuk memastikan kebersihan terus terjaga. Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang oleh orangramai akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh. Dalam sehari kita menghasilkan lebih daripada 16,000 tan sampah setiap hari.

Blog Action DayKita boleh membantu mengurangkan jumlah sampah yang dibuang dengan melakukan kitar semula. Sebelum boleh melakukan kitar semula, kita perlu tahu jenis sampah yang boleh dikitar semula. Sampah kitar semula boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu kaca, plastik, kertas dan aluminium. Setelah diasingkan sampah ini boleh di hantar ke pusat kitar semula atau ke pusat pungutan atau dimasukkan ke dalam tong sampah khas kitar semula.

Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman, bekas makanan, botol vitamin, bekas alat solek dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan kaca perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna coklat. Manakala semua jenis tin aluminium dan besi seperti tin minuman dan tin makanan juga boleh dikitar semula. Barangan berasaskan kaca ini perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna oren.

Semua kertas yang berwarna dan tidak berwarna seperti suratkhabar, majalah, buku, panduan telefon, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat, kotak dan seumpamanya boleh dikitar semula. Tong kitar semula berwarna biru hendaklah digunakan untuk semua jenis kertas. Begitu juga semua plastik yang berwarna atau tidak berwarna seperti beg membeli-belah, beg pasaraya, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun, bekas vitamin dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan berasaskan plastik perlu dimasukkan ke tong kitar semula berwarna oren.

Kitar semula akan mengurangkan jumlah barangan buangan dan ini akan mengurangkan keperluan serta jangka hayat tapak pelupusan sampah. Pencemaran juga dapat dikurangkan dan menyelamatkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Dari segi jangkamasa panjang kitar semula lebih murah daripada penyelenggaraan tapak atau sistem pelupusan sampah yang lain. Paling penting kitar semula meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup kita.

Oleh itu fikir dahulu sebelum membuang sampah. Segalanya perlu bermula dari rumah dan diri kita.




Saturday, October 15, 2011
no image

c++ simple note


asalammualaikum hari aku nak berkongsi ilmu tentang bahasa computer iaitu C++ post nihh saja ja aku tulis sebab sekarang nihh aku dah x dak idea ape nak dituliskan dalam blog so tk menghilangkan ketagihan aku menaip aku nak kongsikan ape yg aku telah belajar kat UiTM maybe dia berguna tuk junior2 Diploma CS kat UiTM.so bila kita nak buat program C++ nihh first sekali dia mesti ada

#include iostream.h
#include conio.h

orang kata nihh kira macam header la...dalam blog
lepas tuh untuk masukan input korang kena gunakan perkataan "cin<<" dah untuk output korang kena gunakan perkataan  "cout>> "

contohnye:
cout>>"apakah nama kucing anda:";//nihh untuk output

cin<<nama;//untuk input

cout<<"nama kucing anda ialah:"<<nama;

lepas tuhh programm nih akan tunjukkan nama kucing anda.
selepas dah siap korang mesti masukan perkataan
getch();
sebagai penutup

hahha done simple and easy hahaha tpi aku tunjuk contoh program kat atas niihh


                                    NAMA PROGRAM NAMA KUCING ANDA


#include iostream.h;
#include conio.h;


main{

char namakucing,warna;
int bilangan;

cout<<"masukan nama kucing anda:";
cin>>"namakucing;

cout<<"warna kucing anda:;
cin>>warna;

bilangan=bilagan++;

cout<<"nama kucing anda:"<<namakucing<<"warna kucing anda"<<warna;
cout>>"jumlah kucing anda ialah"<<bilangan;




getch()

  }

support me to stay alive give u clik help








Quick Message
Press Esc to close
Copyright © 2013 sAmpan KErTas All Right Reserved