Breaking News
Loading...

Recent Post

Showing posts with label berita-berita. Show all posts
Showing posts with label berita-berita. Show all posts
Friday, November 2, 2012
no image

Malek Is Back

 Rasanya dah berapa bulan tak update blog ini haha....bila buka blog nih dah habis bersawang penuh dengan sarang labah-labah dah.Jadi memandangkan aku sekarang nih tengah cuti sem jadi aku dah update semua benda dalam blog nih termasuklah template yang lebih pantas...dan mesra seo remove semua widget2 yang tak terpakai dan buang semua apa yang patut dan semua iklan2 yang bodoh.so hari ini aku nak hidupkan kembali blog nih..yala nih blog pertama aku kot rugi la kalau biar dia terpadam begitu sahaja hahahha.Aku tak update blog nih sebelum nih sebenar aku sedang fokus kepada blog baru aku yang lebih fokus kepada benda-benda yang orang suka baca dan suka lihat...so selama 4 bulan aku duk berusaha meningkatkan traffic dan seo yang baik dan sekarang blog tuh semakin maju dan mendapat sambutan yang amat mengalakan hingga mampu memberikan 5000 pageview dan 2000 unique visit sehari.dan blog itu juga sekarang nih dah memberikan pulangan yang lumayan kepada aku hahaha..Jadi memandangkan Blog tuh aku dah tak perlu memberi penjagaan rapi so mulai hari ini aku nak update blog nih plak.So kepada pembaca-pembaca rajin-rajin melawat nuhh blog nih hahahha
Monday, May 14, 2012
Monday, April 30, 2012
Cerita Sebenar Bersih 3.0 The Truth BERSIH 3.0

Cerita Sebenar Bersih 3.0 The Truth BERSIH 3.0

Video kenapa perserta Bersih mengamuk




Ramai orang nak tahu kenapa kereta polis boleh terbalik,dah ramai jugak yang nak tahu kenapa para-para peserta bersih baling batu,baling botoi air kearah kereta polis dan semua bertanya kenapa perserta Bersih bertindak begitu ganas,kenapa mereka buat macam tuh semua...dan tidak sepatutnya mereka buat sebegitu sebenarnya tidak kira la kes kereta itu satu niat jahat dari pihak polis untuk merosakkan image BERSIH atau pun ianya sememangnya di buat oleh peserta Bersih...dan selepas aku tengok video nihh aku sedar kenapa mereka bertidak begitu ganas dan kenapa mereka begitu marah dengan polis kalau aku berada disitu aku rasa bukan setakat kereta polis aku bagi terbalik tetapi sekali dengan Lori meriam air depa nih pun aku bagi terbalik.Kita pergi untuk keadilan dan keaman tapi diorang balas dengan kekejaman yang melampaui batas

so hayati lah video nih sedalam dalamnya mcam lagu mahir zain


Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth




Video daripada Pihak PDRM





nih pulak video daripada pihak PDRM so korang nilai sendiri siapa yang kejam dan zalim...persoalan dia satu je kenapa mereka ini disembur dgn meriam air??kenapa mereka ini di tembak dengan gas pemedih mata??adakah Peserta bersih ini ingin merobohkan bagunan KLCC sehingga mereka ini di lakukan seperti penjenayah besar...adakah mereka ini datang untuk membunuh sesiapa sahaja orang awam yang berada di situ??mereka ini datang hanya untuk meminta keadilan??haruskan mereka mendapat hukuman seperti penjenayah besar???
Video Kejadian Sebenar Polis Langgar peserta Bersih 3.0 UPDATE

Video Kejadian Sebenar Polis Langgar peserta Bersih 3.0 UPDATE

sebelom nihh video nih masih tidak wujud tetapi hari ni aku dapat dalam facebook so aku bagi kat korang semua untuk melihat dan menilai 
pendapat aku lepas tengok video nihh sama macam saksi tuh cakap semasa polis tuh masuk geng bersih tak buat apa pun tetapi polis tuh bawak terlalu laju sebab tuh lah geng bersih nih baling botol dan sebagainya...dan video sebelom nih just video menunjukan geng bersih baling botol jew..yg nihh x tunjuk




lepas tgok video nih shared la kepada semua orang supaya semua orang boleh tahu kebenaran sebenar
Sunday, April 29, 2012
Saturday, April 28, 2012
no image

Bagaimana Kereta Peronda Polis Terbalik Bersih(new update)








Membongkar isu kereta polis terbalik

Bagaimana kereta polis boleh terbalik
(AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

bagaimana kereta polis boleh terbalikUntuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

bagaimana kereta peronda polis terbalik Bersih 3.0"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.

(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.

(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)


Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.
Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu adalah seorang yang memakai seluar pendek dan bertopi keledar.

(Pemandu kereta polis yang dibawa keluar dari kereta selepas merempuh peserta perhimpunan)

Ia dipandu laju selepas diserang dengan botol air oleh peserta Bersih 3.0 apabila mendapati pemandunya bukan berpakaian polis tetapi bertopi keledar.

Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.

Orang ramai membelasah pemandu yang bertopi keledar itu tetapi membawa keluar dengan baik anggota polis yang turut berada dalam kereta itu. Kereta itu kemudiannya diterbalikkan kerana menganggap masih ada orang yang terperangkap di bawah kereta itu.

Saksikan video-video di bawah:


Klik untuk saksi video kejadian berdasarkan video Malaysiakini


update via harakah daily

Penjelasan Sebenar isu Kereta Polis Diterbalikkan

Penjelasan Sebenar isu Kereta Polis Diterbalikkan


" Ada orang baling batu pada kereta polis. Patutlah.. "

" Sapa2? Sapa yang kurang ajar sangat tue? Ada rakam tak gambar dia? " Aku tanya.

Pakcik india potpet2 sambil berjalan depan aku. Aku masa neh dah tanggal lencana bersih. Tujuan nya? Sebab aku nak meronda2 tanpa dikejar polis. Kalau aku pakai lencana bersih maka polis akan tahu aku pendemo bersih. 

Jadi strategi aku memakai baju putih = baju rasmi pengamal media [baju kaler lain pun boleh, tapi kalau pakai baju putih, pakai pas dan bawa kamera automatik orang dah boleh detect sebagai wartawan] adalah untuk neh. Ini tujuannya, untuk melakukan apa2 yang aku rasa perlu dan patut dilakukan.

Oke, lupakan hal neh. Kita citer pasal kereta dulu.

Betul ke provokasi datang dari pendemo bersih ?

Punca provokasi sebenarnya sebab mereka kena serang dengan teargas. Marah. Nak cakap LRT kena tutup? Takde kaitan. Untuk rekod, LRT jalan bandaran tidak ditutup, cuma masjid jamek dan plaza rakyat jek. Aku kan dari LRT semenjak2 dari tadi.. dok pusing2 kat situ last2 tetap sangkut kat MASJID JAMEK. Hanya masjid jamek jek dari kedua2 arah, sri petaling dan ampang serta plaza rakyat dia shutdown tadi.

Kalau dorang cakap LRT tue kena tutup ia mungkin selepas insiden provokasi. Sebelum provokasi lrt tue bebas digunakan sebenarnya. Yang aku tahu kat situ ada monorel. Yang tue aku dengar citer ditutup. Fakta atau tidak aku taktau. Aku cuma dengar citer.

Sekarang mari kita lihat video kat bawah neh oke ;

 

Ini part 1. Yang neh pun dah cukup sebenarnya untuk explain apa yang berlaku. Harus diingat, aku tak kenal langsung sapa uncle india tue dan uncle india tue pula hanya mengomel2 sendiri bukan pergi kecoh2kan kat orang kereta polis kena baling batu. Bila aku dah dengar aku cakap apa2 yang patut then aku pergi ke lokasi kejadian yang mana dah clear masa tue [polis dah took over].

Lihat jek gambar kat bawah neh dulu ;

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

- Ada kon

- Ada batu

- Lampu kereta pecah

- Kereta kemek

- Kaki sempat tendang kereta.. maksudnya kelajuan kereta neh dah berkurang atas sesuatu sebab.

- Cermin kereta pecah. Baling botol air boleh pecahkan cermin ka? Kalau tengah memandu ko baling batu cermin pecah kena muka ko macam mana ko nak memandu dengan betul?

Lihat gambar kat bawah neh pula ;

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan
Individu neh secara tidak sengaja di langgar oleh polis. Tapi apa info yang sampai kat telinga aku? Polis bawa kereta laju2 sampai langgar seorang budak remaja sehingga maut.

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Ini bukan darah azri tapi darah indidivu yang dilanggar tue. Tolong betulkan fakta anda.

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Ini cameraman. Dia sedang keluar dari kereta. Kenapa? Sebab dia nak tolong polis yang berada dalam kereta tue.

Anak panah merah ialah pembelasah. Anak panah hijau orang yang sedang cuba menolong. Last2 dia surrender sebab dengan dia2 sekali kena tibai. Azri juga membalas balik asakan. Itu normal sebab refleksi nak melindungi diri. Dia juga nak jaga filem dia. Dan dengan gambar neh mohon amek tindakan ke atas pencetus provokasi. Penting untuk menjaga kredibliti bersih.

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Lihat gambar kat atas neh. Nampak apa yang aku nampak? Kepala pemandu dah ke atas stereng. Napa? Yang korang g belasah kereta dia sapa suruh? Sapa suruh lompat atas kereta dia? Sapa suruh bertindak kasar? Sapa suruh jadi samseng, kurang ajar dan biadap?

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Anak panah merah = pembelasah kereta polis. Anak panah merah [arh aku dah malas nak tukar kaler dia kepada lain] = azri, individu yang dibelasah. Dia mai dari arah bertentangan. Dia mai nak tolong. Sebab apa? Aku rasa dia neh kot antara cameraman yang dilantik oleh polis. Dia kena rakam semua perkara2 yang berlaku. Last2 kena tibai dengan orang. Adoi.

Dan diharapkan dengan gambar neh penganjur bersih boleh membersihkan nama baik bersih dengan menyerahkan mereka kepada pihak polis kerana bertindak liar ketika berhimpun.


Anak panah hijau = penghenti provokasi. 

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Anak panah hijau = penghalang / pelindung. Anak panah merah = pembelasah. Kenapa dia belasah azri? Dia tak perasan kot azri mai dari arah bertentangan. Lepas belasah azri dia letak kon dalam kereta then dia lari. Kon tue tak kena polis yang berada dalam kereta tue dan aku tatau apa motif dia enh. 

Sekali lagi perhatikan aksi membelasah dia kat bawah neh ;

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Ada pendemo bersih yang balon si azri neh gak. Jangan2 dorang neh salah sangka ingat dia polis yang melanggar pendemo bersih. Dah korang baling2 batu, lepas tue nak salahkan orang terlanggar plak apa ke hel?

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Individu yang baling kon tue = individu yang sama terbalikkan kereta = lepas tue rasa bangga sebab dapat terbalikkan kereta. Pada awalnya pendemo bersih ingatkan ada orang bawah kereta tapi takde.. tapi lepas tue oke lah dorang cuma rakam tapi apahal ada 3 orang individu tersebut bersorak termasuk yang pakai baju oren tue hah?

Dorang2 neh tak pakai baju bersih dan buat provoke sana sini. Individu yang baling kon tue juga baling pada pendemo bersih oke. Lihat video selangortv kat sini sendiri. Jadi diharap penganjur bersih boleh bersikap adil dalam isu neh. Siasat siapa mereka dan kenapa mereka berbuat demikian.

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Anak panah merah = yang cuba melindungi polis. Yang belasah2 tadi tue dah lari kemana? Anak panah hijau menunjukkan pistol polis yang terdedah.. ermm..  memang kalau nak rembat semudah ABC jek.

Kesimpulannya kat sini ialah ;

1. Aku tak kenal siapa yang buat provokasi, kalau korang kata mereka pelakon, penyamar, sb atau apa maka biarkan sahaja bersih serahkan mereka kepada polis untuk dinilai. Kita boleh trace mereka semula berdasarkan video2 yang wujud. Bukan kah kita dah ada teknologi perincian gambar ? Mari kita kaji kebenaran neh bersama2. 

2. Kebanyakkan yang provoke tak pakai pun baju bersih. Ini analisis aku. Mungkin dorang neh ikut ikutan. Maksudnya dia tengok tiba2 ada crowd bersih jadi dia pun sibuk2 ikut. Pada asalnya dia bukan nak join bersih. Mungkin dia berjalan2 kat kl. 

Oleh kerana dia tatau bahawa kita dilarang berbuat provokasi maka dia pun berbuat sesuka ahti dia. Namun yang lebih menyedihkan ialah kenapa yang menghalang tersangatlah kurang berbanding dari yang menyorak? Kalau aku ada disitu sah2 aku sound then rakam, tangkap gambar dorang jelas2 dan paparkan di blog aku inilah pencetus provokasi. Aku tak kesah der. Kalau ko provoke ko tetaplah provoke. Ko jangan bagi alasan haktui kat aku oke. 

Apatah lagi dah dipesan bahawa sesiapa yang memprovokasi akan dianggap sb dan kita sewajarnya menghentikan mereka.. tetapi kenapa crowd sogo tak alert pasal neh? Disebabkan anda terlalu lemah menghalang mereka, maka seluruh bersih 3 menjadi mangsa kini.  Aku, ko dan kita seme tak pasal2. Kalau pun sungguh dia sb, so what? HALANG lah.. HALANG..takan seratus dua ratus orang kat situ pun SB gak kot?

3. Mana unit amal? Unit amal tiada. Itu lah punca masalah neh menjadi besar. Hadirin terlalu ramai. Unit amal tersangatnya kurang. Unit amal terlatih dalam menanggani sebarang bentuk provokasi. Bukan salahkan unit amal ye. Cuma menegaskan betapa pentingnya unit amal dalam kes seperti neh. Apabila hadirin berpecah selepas diserang teargas, peluang untuk mereka bertindak agresif memang terbuka. 

Ia perkara normal sebenarnya. Selalu sangat dah bersabar akhirnya dapat peluang untuk belasah polis, memang lah amek cukup2. Tapi sayang, tindakan neh tersangatlah salah. Sudah sewajibnya bersih menghantar individu2 yang terlibat dalam provokasi neh kepada mereka2 yang berkuasa. Walaupun mungkin ada yang secara tidak sengaja terpengaruh untuk melakukan provokasi ia tetaplah salah.

Aku sangat percaya memang wujud sb di mana2 tetapi kan.. aku lebih2 lagi percaya ia bukan masalah SB, ia adalah bagaimana cara kita mengawal situasi. Kalau letak 10 SB dihadapan kita sekalipun, kalau kita pandai kawal keadaan kita tetaplah pandai kawal keadaan, kalau kita tak pandai kawal keadaan, takde SB sekalipun kita tetap boleh terbabas. Renungkan.

Updated ;

Bukti yang lebih jelas bahawa azri datang dari arah bertentangan. Dia bukan pemandu kereta tersebut. Aku cadangkan jadi orang belajar cari fakta sebelum tuduh melulu. tenkiu.


gambar polis dibelasah oleh geng bersih

Ameno : Sila dakwa 7 individu di atas neh ye. tq


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/04/penjelasan-kejadian-sebenar-isu-kereta.html#ixzz1tN7jwstY



Thursday, April 26, 2012
Hard Disk Buatan China Yang menipu

Hard Disk Buatan China Yang menipu





Hari nih aku just nak kongsikan satu berita tentang kes penipuan barang-barangan Electronik yang sedang berluas luasa sekrang nihh dan terbaru nih kisah hard disk  so kepada sesiapa sahaja yang nak beli barang-barang nih korang semua semak la betoi-betoi dulu sebelom beli...
and kat sini aku sediakan kat korang gambar hard disk tiruan nih hahaha so ingat betoi jenama  WD nihh  hard disk china penipukes penipuan hard disk

kes penipuan hard disk



Tuesday, April 24, 2012
Jom Berhubung Dalam Google Plus

Jom Berhubung Dalam Google Plus

Hari aku sajalah buka account Google Friend Connect nak tengok jumlah maklumat Follower aku yang ada dalam blog aku.First aku baca announmen terus mata aku terbeliak baca ayat nih " we are retiring Google Friend Connect "Lepas tuh aku sambung baca balik  "  for all non-Blogger sites on March 1, 2012.  " lega balik hati aku lepas baca ayat nih hahaha aku ingat kot semua Follower aku akan hilang dah hahaha...walaupun ada 305 orang ja tapi penat owhh nak dapat banyak tuh pon hahahaha....Sapa yang buat website x Guna Blogger makna dia habis la semua follower dia hahaha...and aku rasa lepas nihh maybe Google Friend Connect akan RETIRING Untuk blogger plak suatu hari nanti ini kerana Google nak bagi laluan kepada Website Terbaru depa iaitu Google Plus yang lebih baik dah lebih professionial la..so sebab tuh la google friend connect nih diorang nak hapuskan, aku pun motif  aku post Entry nih pun sebenarnya  just untuk suruh hampa semua follow aku jew hahahhaha and yang mana dah follow aku or yang belom follow tuh follow la aku dalam Google Plus hahaha bukan apa just nak keep in touch ja...kalau apa-apa jadi senang  so kalau korang nak follow korang bleh clik sebelah kanan blog aku nih ada butang sampankertas in (gambar google plust ) Follow



or clik ja bawah nih hihihi :)

dia nih mai melawat aku time aku duk tulis entry nih ahhaha
Thursday, April 12, 2012
Monday, February 27, 2012
no image

The Star minta maaf siar 'tatu Allah' di dada artis



 



Harian berbahasa Inggeris The Star hari ini memohon maaf kepada umat Islam kerana menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Erykah Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah tertera di dadanya.

"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada umat Islam atas kesilapan ini," permohonan maaf yang disiarkan dalam laman webnya hari ni dipetik.

Tatu dalam bahasa Arab itu disiarkan dalam seksyen "Star2" hari ini di samping rencana satu muka penuh berhubung penghibur yang digelar "Ratu Neo-Soul" sempena konsertnya di Kuala Lumpur pada Rabu depan.

Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid. -TS-

Syabas di ucapkan kepada the star yang bertindak cepat dalam isu neh. Namun still, konsert erykah badu tue masih dijadualkan berlangsung di malaysia kan? Yang neh sapa pula mampu mencegahnya? Erykah badu tidak pula membuat apa2 statement mohon maaf pun.

Ha Ha Ha
dibetik daripada:
Sozcyili : Asal artis bukan bukan asal boleh
Wednesday, January 11, 2012
no image

hosting percuma

If you wish to have a professional shared hosting quality in a free hosting package, come and host with 000webhost.com and experience the best service you can get absolutely free. Founded in December 2006, 000webhost.com has a trusted free hosting members base of over 60,000 members and still counting! Offering professional quality hosting, support, uptime and reliability, we have a great community of webmasters, you'd love to be a part of! Register now and get it all free: *** 1500 MB of disk space *** 100 GB of data transfer *** PHP and MySQL support with no restrictions *** cPanel control panel *** Website Builder *** Absolutely no advertising! hahahha malas aku nak taip so aku just copy paste ayat promote nihh so kalau korang semua berminat nak guna web hosting yg berbayar so baik korang guna la web hosting free nihh belajar lu cara guna cpanel pa semua sekian berminat sila clik Web hosting
Monday, January 9, 2012
Friday, January 6, 2012
no image

contoh baucer kepada pelajar



GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
1.      PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.

2.      OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3.      KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a)      Warganegara Malaysia;
b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).

4.      TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

5.      KADAR BB1M  
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

6.      TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7.      PENUTUP
a)      Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b)      Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c)      Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.

ini adalah contoh baucer yg bakal diterima


for more details:

Quick Message
Press Esc to close
Copyright © 2013 sAmpan KErTas All Right Reserved